
February 2nd, 2012

admin

Semua Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Kangsar.
Sila sertakan bersama:
1. SG20
2. Salinan Kew.8 menduduki kuarters
3. Salinan Kew.8 yang menunjukkan ITP dan COLA sebenar
4. Salinan slip gaji terbaru
Sekian, terima kasih.
Unit Kewangan Dan Akaun
PPD Kuala Kangsar

February 2nd, 2012

admin
Berikut adalah senarai sekolah yang belum mengisi data Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) untuk tahun 2011.
| BIL |
KOD SEKOLAH |
NAMA SEKOLAH |
| 1 |
ABA4005 |
SK BENDANG KERING |
| 2 |
ABA 4006 |
SK MENORA |
| 3 |
ABA 4022 |
SK ARA PANJANG |
| 4 |
ABA 4024 |
SK ULU PIOL |
| 5 |
ABA 4035 |
SK RKT LASAH |
| 6 |
ABA 4041 |
SK CHEGAR GALAH |
| 7 |
ABA 4044 |
SK ULU RIBU |
| 8 |
ABA 4048 |
SK PERLOP 1 |
| 9 |
ABA 4049 |
SK POS POI |
| 10 |
ABA 4054 |
SK POS KUALA MU |
| 11 |
ABB 4086 |
SK CLIFFORD |
| 12 |
ABC 4100 |
SJKC SEY WAH |
| 13 |
ABD 4111 |
SKJT LADANG SUNGAI BIONG |
| 14 |
ABD 4112 |
SJKT LADANG KATI |
| 15 |
ABD 4118 |
SJKT LADANG ELPHIL |
| 16 |
ABD 4119 |
SJKT LADANG SUNGAI REYLA |
| 17 |
ABD 4120 |
SJKT LADANG DOVENBY |
| 18 |
AEA 4083 |
SMK TEMENGGONG |
| 19 |
AEA 4087 |
SMK MUHIBBAH |
| 20 |
AEB 4077 |
SMK DATO’ HAJI ABDUL WAHAB |
| 21 |
AFT 4001 |
SM AGAMA AD-DINIAH AL-ISLAMIAH |
| 22 |
AFT 4004 |
MAAHAD AL YAHYAWIYAH |
Sebarang kemusykilan, sila hubungi En. Mohd Azmi bin Suradi, Pen. PPD Pembangunan Profesional di talian 05-776 1184 / 013-954 6395 atau emel: azmi72@yahoo.com

February 1st, 2012

admin
Kepada,
Semua Warga Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.
Untuk makluman,
PERASMIAN SURAU SK CHEH, KATI DITANGGUHKAN KE 10 FEBRUARI 2012
Terima Kasih

February 1st, 2012

admin
KADAR SEGERA
Semua Sekolah Rendah / Menengah Daerah Kuala Kangsar
(TIDAK TERMASUK SABK, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan SM Vokasional Kuala Kangsar)
TATACARA PERAKAUNAN IMBUHAN TETAP PERUMAHAN / ELAUN PERUMAHAN WILAYAH DAN BANTUAN SARA HIDUP BAGI PEGAWAI YANG MENDUDUKI KUARTERS.
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 1 Tahun 2012 bertarikh 3 Januari 2012.
2. Mulai 1 April 2012, kod-kod potongan gaji dan pendapatan yang disenaraikan di Lampiran 4 surat pekeliling di atas akan dimansuhkan. Sehubungan itu, diminta kerjasama semua PTJ / Pusat Pembayar Gaji untuk memastikan maklumat kod dan amaun Imbuhan Tetap Perumahan / Elaun Perumahan Wilayah dan Bantuan Sara Hidup bagi kakitangan sedia ada yang menduduki kuarters dikemaskini berdasarkan kaedah mengakaunkan seperti tatacara yang dinyatakan dalam surat pekeliling di atas dengan menghantar borang perubahan SG20 dengan kadar segera ke Unit Kewangan dan Akaun, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar sebelum atau pada 17 Februari 2012.
3. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Kewangan PPD Kuala Kangsar di talian 05-776 1184. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Dari Unit Kewangan dan Akaun,
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.
01 FEBRUARI 2012
Download Surat Pekeliling berkenaan di sini Surat Pekeliling ANM (108)

February 1st, 2012

admin
Semua Pengetua,
SMK / Malay College / SM Vokasional / SABK
Daerah Kuala Kangsar.
Semua Guru Besar,
SK / SJK ( C ) / SJK ( T )
Daerah Kuala Kangsar.
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Mohon sekolah-sekolah menghantar maklumat terkini guru-guru SPBT tahun 2012 ke Pejabat Pelajaran Daerah sebelum 8 Februari 2012.
Borang maklumat disertakan (download – Borang SPBT1 2012 (254)) dan hantarkan ke alamat e-mail jakyueb@yahoo.com atau no. Fax 05-7761188.
Sekian dimaklumkan
Terima kasih,
Unit Pembangunan Kemanusiaan
PPD Kuala Kangsar

February 1st, 2012

admin
Pengetua,
Semua Sekolah Menengah Daerah Kuala Kangsar.
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk surat KP.BS.301-02/13/003.Jld.3(65) bertarikh 29 Disember 2011 mengenai perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengeluarkan tawaran baru Hadiah Biasiswa Sukan kepada atlet murid yang layak bagi tahun 2012.
Sehubungan itu, dipohon jasa baik tuan untuk menghebahkan perkara ini kepada semua sekolah menengah di bawah seliaan tuan seperti keterangan berikut:
3.1 Mengedarkan Borang Permohonan Biasiswa Sukan 2012 kepada semua sekolah mulai Januari 2012;
3.2 Menghantar borang permohonan yang lengkap daripada sekolah pada atau sebelum 30 Mac 2012
Syarat kelayakan seorang atlet murid untuk pertimbangan mendapat Biasiswa Sukan, Kementerian Pelajaran adalah seperti yang berikut;
4.1 Warganegara Malaysia
4.2 Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah kerajaan, sekolah menengah bantuan kerajaan dan Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan(SABK) yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan;
4.3 Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan berkaitan dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri di peringkat MSSM;
4.4 Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang terlibat dalam program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah(SPTS), Sukan Prestasi Tinggi
Negara dan sukan-sukan lain yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia; dan
4.5 Tidak menerima sebarang BIASISWA daripada Agensi Kerajaan atau Bukan Kerajaan yang lain.
Borang-borang berserta dengan panduan untuk maklumat tuan tersebut boleh dimuat turun daripada laman sesawang Bahagian Sukan seperti alamat berikut : http://www.moe.gov.my/bsukan/
Sekian, terima kasih.
Unit Sukan
PPD Kuala Kangsar