Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Kangsar.
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
2. Mohon semua sekolah rendah mengambil maklum bahawa terdapat aduan susu rasa masam bagi susu Program Susu Malaysia ( PS1M) yang bertarikh luput 23 November 2012.
3. Berdasarkan laporan keputusan analisa oleh Makmal Kesihatan Awam Ipoh, sampel UHT Chocolate Flavored Milk yang diambil tidak mematuhi Standard Spasifikasi yang ditetapkan.
4. Sehubungan dengan itu, diarahkan pihak tuan tidak mengedarkan susu PS1M yang bertarikh luput seperti di atas kepada murid-murid.
Keperihatinan dan tindakan tuan diucapkan terima kasih.
Sekian.
Unit Pembangunan Kemanusiaan,
Pejabat Pelajaran Daerah,
Kuala Kangsar.

