Dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar akan mengadakan Bengkel Pengurusan Sistem Fail Untuk Guru Pemulihan Khas bagi tahun 2012 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 19 Julai 2012 (Khamis). Masa : 2.30 petang. Tempat : Dewan PPD, Kuala Kangsar.Sehubungan itu, Guru Pemulihan Khas sekolah tuan diperlukan hadir untuk tujuan tersebut. Sebarang pertanyaan tentang perkara ini bolehlah menghubungi Penolong PPD Pendidikan Khas/Pemulihan, En. Hamzah bin Mohd Daud, di talian
05-7761184 / 0193575171.
Kerjasama dan kehadiran tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

