Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Kangsar.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan South East Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) Secretariat telah mempelawa penyertaan semua sekolah harian dan swasta di Malaysia untuk berkongsi maklumat berhubung program yang berkaitan tema : ‘Education for Disaster Risk Reduction’ yang dilaksanakan di sekolah.
3. Sehubungan dengan perkara di atas, tuan/puan boleh memperolehi maklumat lanjut dengan melayari laman web http://www.seameo.org/index.php?option=com_content&task=blogcategory&id=95&Itemid=219 Tarikh Tutup penyertaan adalah pada 10 Ogos 2012
4. Kerjasama tuan/puan amat saya harapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Timbalan PPD Kuala Kangsar
PPD Kuala Kangsar.

