Semua Pengetua
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kuala Kangsar.
Sukacita dimaklumkan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dengan kerjasama Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan PITO Guru Sekolah Menengah Tahun 2012
Program ini ditawarkan kepada guru opsyen Sains Tulen dan Matematik yang berlebihan dalam sistem dan diwartakan mengajar subjek bukan opsyen di sekolah-sekolah. Perbelanjaan kursus ditanggung sepenuhnya oleh KPM. Peserta akan disediakan penginapan berserta makan/minum oleh IPTA yang melaksanakan kursus. Tuntutan perjalanan adalah di bawah tanggungan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing menggunakan peruntukan NKRA Kualiti Guru mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.
Sehubungan itu, pihak pegetua dipohon memaklumkan perkara ini kepada semua guru-guru dibawah pentadbiran tuan/puan. Maklumat lanjut program ini boleh dirujuk secara atas talian di http://moe.gov.my/abpg/pito/ mulai 16 julai 2012. Sebarang pertanyaan boeh dirujuk kepada En.Mohd Aini b. Sulaiman di talian 03-8884 1183 faks : 03-8884 1218 atau e-mail aini.sulaiman@moe.gov atau ainisulaimanbpq@yahoo.com
surat siaran PITO (365)Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Sekolah
PPD Kuala Kangsar.

