Kalendar 2014

April 2014
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

PENGUMUMAN

Sila klik pada tarikh di kalendar untuk mendapatkan maklumat sepenuhnya                                                         Untuk paparan yang lebih baik sila guna mozilla firefox

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Perpustakaan_Negara_Malaysia_logo

Login

PAUTAN PPD PERAK

bap

PPD BATANG PADANG

 

hip

PPD HILIR PERAK

 

kis

PPD KINTA SELATAN

 

 kiu

PPD KINTA UTARA

 

ker

PPD KERIAN

 

lms

PPD LARUT MATANG SELAMA

 

hup

PPD HULU PERAK

 

man

PPD MANJUNG

 

pet

PPD PERAK TENGAH

PAUTAN APLIKASI ONLINE

eprestasi

emis

eperolehanLOGO

e laporan bil

SKPK

mpm

SPPAT

SPPBS

.
Homestay
nbanner 5s ppdkk
hasrat pengarah

PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN(RMT) DI SEKOLAH RENDAH 2013

Semua Guru Besar,
Sekolah Rendah Daerah Kuala Kangsar
Tuan,
Surat Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia: KP(BKEW/BT)1910/RMT/A5 Jld.13(71) bertarikh 30 Oktober 2012 berkaitan perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pelaksanaan RMT adalah bertujuan menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang kepada murid daripada golongan miskin tegar. Sehubungan itu, bagi tahun 2013 pelaksanaan program RMT di sekolah rendah akan diteruskan seperti butiran berikut:
a. Dilaksanakan mulai hari pertama persekolahan untuk tempoh maksimum 190 hari
b. Kadar bantuan RMT adalah RM 1.80 / murid / hari
c. Syarat kelayakan: Murid warganegara Malaysia Tahun 1 hingga 6; Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan; Pendapatan ibubapa/penjaga di bawah kategori Miskin Tegar ( Pendapatan RM460.00 dan Perkapita            RM110.00 )
d. Senarai menu hendaklah seperti yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( Rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.7 tahun 2010 RMT Di Sekolah Rendah )
e. Jawatankuasa RMT Sekolah hendaklah mengurus pelaksanaan RMT di sekolah termasuk penetapan menu, kaedah pembekalan dan penyimpanan rekod-rekod serta memastikan semua peruntukan dan prosedur kewangan dipatuhi
f. Semua lebihan dan baki pertuntukan tahun 2013  dan tahun-tahun sebelumnya hendaklah dibawa ke tahun hadapan dan diambil kira sebagai sebahagian daripada peruntukan tahun 2014 
3. Pihak sekolah adalah digalakkan untuk mengedar dan mengumpul borang permohonan RMT ( sama seperti tahun 2012 ) sebelum cuti sekolah supaya urusan semakan dan pemilihan murid yang layak dapat diproses dalam masa cuti sekolah nanti.
Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En.Hosni bin Hj.Abdul Razak di Jabatan Pelajaran Perak di talian 05-5015142.