* Seperti di Portal JPN Perak – Sektor ICT
Kepada:
Semua Pengetua/ Guru Besar Sekolah
Menengah dan Rendah Negeri Perak
PELAKSANAAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT MELALUI SISTEM KENAIKAN PANGKAT (ePANGKAT)
Sukacita merujuk perkara diatas, JPN Perak telah dimaklumkan oleh KPM bahawa mulai Julai 2012 semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat akan menggunapakai sepenuhnya Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat).
Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan masih belum selesai mengemaskinikan maklumat tersebut, maka tuan/puan bolehlah berbuat demikian pada atau sebelum 30 Jun 2012.
Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat arahan Di sini. Surat JPN - Pelaksanaan Urusan Kenaikan Pangkat Melalui Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) (184)
Dari Unit ICT, PPD KK


