Tuan,
PENGUMPULAN DATA GURU YANG BERCUTI BERSALIN / SAKIT / MENGHADIRI KURSUS MELEBIHI 14 HARI TETAPI TIDAK MELEBIHI 90 HARI BAGI BULAN JULAI HINGGA NOVEMBER
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar sedang mengumpul data seperti di atas bagi memperkemaskan proses penempatan Guru ganti.
3. Sehubungan itu, tusan diminta mengenalpasti guru-guru berkenaan dan melengkapkan boring yang terlampir. Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan ke pejabat ini secara faks atau diemailkan ke amanariffin@yahoo.com pada atau sebelum 13 Julai 2012. Borang berkenaan boleh juga dimuat turun di portal Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar di alamat http://ppdkualakangsar.edu.my. Download di sini Borang (113)
4. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Encik Kamaruzzaman Bin Mohamed Ariffin, Pegawai Khas KGSK di talian 7761184 / 019-5715051.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(HAJI ZAHARUDDIN BIN AHMAD ZAYADI, PJK.) Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar Dari Unit KGSK, PPD Kuala Kangsar.

