Guru Besar,
Sekolah Rendah Daerah Kuala Kangsar.
1. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Sekolah Rendah , PPD Kuala Kangsar akan mengadakan taklimat di atas mengikut ketetapan seperti berikut :-
TARIKH : 23 Julai 2012 (ISNIN)
MASA : i) 8.30 pg. - 10.30 pg. ( Kumpulan 1 (258) )
ii) 11.00 pg. - 1.00 tgh. ( Kumpulan 11 (210) )
TARIKH : 24 Julai 2012 (SELASA)
MASA : i) 8.30 pg. - 10.30 pg. ( Kumpulan 111 (182) )
ii) 11.00 pg. - 1.00 tgh. ( Kumpulan 1V (145) )
TEMPAT : Makmal Komputer , SK Sultan Idris II
2. Sehubungan dengan itu , mohon kerjasama pihak tuan membenarkan Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Data (Sekolah Gred A dan B ) , Guru Besar dan Guru Data (Sekolah SKM) untuk hadir ke taklimat di atas dengan membawa bersama Komputer riba, ’extension wire’ dan broad band.
3. Pihak tuan juga dikehendaki membawa maklumat terkini berakhir 30 Jun 2012 seperti di bawah :
3.1 Maklumat guru.
3.2 Maklumat sekolah.
3.3 Enrolmen murid dan kelas 2012.
3.4 Anggaran murid dan kelas 2013.
4. Kerjasama dan sokongan pihak tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
Unit Sekolah Rendah
PPD Kuala Kangsar.

